Ibu bapa mengadu yuran PIBG? Ini keadaan sebenarnya di sekolah...

Ibu bapa mengadu yuran PIBG? Ini keadaan sebenarnya disekolah...

Daripada: Mohd Fadli Salleh

Hangat pula isu ini.

Aku tak tahu nak respon macam mana dah sebenarnya. Namun sebagaiguru dan juga ibu bapa, aku perlu jawab agar tiada ibu bapaterpengaruh dengan hasutan karut ini. 

1. Pertama sekali, PIBG itu bermaksud Persatuan Ibu Bapa danGuru. Senang cerita ibu bapa dan guru saling berganding bahumembantu pihak sekolah demi kemajuan sekolah dan anak-anak kita.Anak kandung kalian, anak murid kami. 

2. Sekolah perlukan dana yang besar saban tahun untuk menyokongsetiap program yang dijalankan untuk murid. Bukan program untukguru! 

3. Perbelanjaan yang ditanggung PIBG setiap tahun untukkeceriaan sekolah, keselesaan anak-anak kalian dan untuk menyokongsetiap program untuk murid tidak mampu aku tulis di sini. Terlalubanyak. 

廣告-請繼續往下閱讀

4. RM20 setahun pun merungut untuk anak-anak sendiri? Lebihkelakar, siap nak bawa isu itu ke kementerian. 

Allah! Berkira yakmat ni. Orang Kelantan kata 'kupikhangit'. 

5. Terang-terangan dia cakap, dia baru tahu kenaikan sumbanganitu bila hendak 'register' anak. Makna kata, dia tidak hadir punmesyuarat PIBG. Kerana hal kenaikan sumbangan PIBG ini bukan bolehdibuat suka suki. Mesti melalui mesyuarat agung dan dipersetujuisemua. 

Kan dah kantoi tu. Nak pekena pihak sekolah, kantoi pula dirisendiri tak hadir mesyuarat PIBG. Hahaha. 

6. Ada pula yang tak nak bayar duit sumbangan PIBG keranakatanya duit hasil kutipan itu digunakan untuk jamuan makan guru.Siap hasut kawan-kawan lagi suruh tak bayar. 

Ini fitnah terbesar yang aku dah jawab dulu. Tapi memandangkanisi ini timbul lagi sehari dua ini, aku jawab lagi. 

7. Kelab Guru buat kutipan yuran setiap bulan antara RM10-RM20biasanya sebulan. Setahun sekitar RM150 seorang guru kenabayar. 

Dah kalau sekolah tu ada 100 guru, bermakna dana kelab guru dahada RM15,000. Itu belum lagi ditambah dengan dana hasil jualan airbila sukaneka, hasil jualan pada hari guru, jualan bendera padaHari Kebangsaan dan jualan pada Hari Kantin atau Hari Karnivallagi. 

Maka tidak hairan jika dana Kelab Guru boleh mencecah sehinggaRM30,000 menjelang akhir tahun. Boleh la buat jamuan makan yanggempak di hotel-hotel ternama. 

Dana itu hasil tabungan kami. Hasil usaha kami mencari sponsordan dana luaran pula. Bukan rembat duit sumbangan kalian. 

8. Yang tidak hadir mesyuarat PIBG tidak tahu, gurulah antaragolongan paling banyak menyumbang untuk tabung PIBG. 

廣告-請繼續往下閱讀

Setiap kali sekolah buat Hari Kantin atau Hari Karnival, kutipandan keuntungan dari situ disalurkan terus ke tabung PIBG. 

9. Guru berpeluh berhari-hari membuat promosi, edar flyers, carisponsor dari syarikat-syarikat, supermarket, memasak, jaga ditempatsetiap gerai jualan dan permainan, dan pelbagai usaha lagisemata-mata nak menjayakan sambutan Hari Karnival peringkatsekolah. 

Hasil usaha dan titik peluh para guru ini disalurkan pula dalamtabung PIBG. Tapi masih ada yang timbulkan fitnah kata duitsumbangan yang dikutip dari murid itu digunakan untuk 'dinner' gurudiakhir tahun? Dangkal sungguh. 

10. Sebab itu orang selalu pesan, hadirlah ke mesyuarat PIBG.Bukan hari-hari pun. Sebulan sekali pun tidak. Hanya sekali setahunsahaja. 

Disitu dibentangkan perbelanjaan PIBG saban tahun. Kalau taksetuju dengan kenaikan yuran yang RM5 itu pun, masa mesyuarat labangun dan lawan. Kemukakan hujah anda yang kononnya bernas itu.Jika dapat sokongan ramai, pasti usul anda itu akan diminitkan dandijadikan peraturan. 

Ini tidak, berhujahnya hanya di dinding muka buku sendiri. Tidakkena pada tempat langsung. 

Berhentilah menjadi penghasut dan berhentilah memfitnah.Sudah-sudahlah. 

Jika rasa buah fikiran dan pendapat anda hebat sangat, hadirmesyuarat PIBG tahun ini dan angkat tangan, 

" Saya calonkan diri sendiri menjadi YDP PIBG." 

Masa itu baru tahu langit tinggi rendah. Masa itu baru tahubetapa payahnya mencari dana untuk bantu setiap programsekolah. 

Cubalah. Mesyuarat Agung PIBG dah tak lama lagi ni. :)