Trend Guru Merakam Anak Murid Menangis Menjadi Viral

Trend  Guru Merakam Anak Murid Menangis MenjadiViral

Daripada: Mufarwa Farid

 

Viral pulak video budak Darjah Satu tahan sedih sebab rindudengan mama dia, lepas tu menangis dan kata dia nak kahwin denganmama dia.

 

Aku bukan jenis 'fun-blocker' atau pembaris. Benda lawak, akuraikan lah lawak. Tapi video ni even kita boleh ketawa dengantelatah budak ni, kalau difikirkan semula ianya satu bentukpenderaan mental bagi budak lelaki tersebut.

 

Bukan mental sebab bagi dia menangis, tapi mental sebab sebarkanvideo muka budak lelaki ni sehingga menjadi viral. Satu Malaysiajadikan budak ni bahan gelak.

Cikgu yang rakam lepas tu sebarkan video ni dalam kepala diafikir apa sebenarnya? Benda ni memanglah cute, tapi dalam masa yangsama, memalukan budak tersebut.

Risikonya, budak tu akan ditertawakan oleh rakan sekolah dia.Bukan dua tiga hari, malah akan bertahun-tahun akan ditertawa,digelar dengan macam-macam ejekan dan akan dibuli. Apa ingat budakDarjah Satu takda maruah ke?

Serius, cikgu yang merakam tu amat kurang ajar. Tak fikirtentang keselamatan dan kesejahteraan anak murid dia sendiri. Elokmasuk Maharajalawak lah kalau betul kerja nak menghiburkanorang.

廣告-請繼續往下閱讀

Dan benda ni dah jadi trend bagi sebilangan guru yang merakamanak murid menangis, anak murid bawak bantal busuk, anak murid taktahu mengaji, anak murid tak tahu membaca, anak murid tidur dalamkelas dan macam-macam lagi lah.

Benda-benda ni lawak, tapi TAK BOLEH disebarkan kepada orangramai. Budak-budak ini anggap kau seperti ayah dan ibunya. Theytrust you. Mereka bergantung pada kau.

Alih-alih kau rakam diorang dan jadikan diorang bahan ketawasatu Malaysia. Cikgu apa kau ni? Hah? Masa belajar kat IPG danMaktab dulu takda ke pensyarah ajar pasal adab dan psikologimurid?

Bila kau dah khianati kepercayaan diorang, lepas ni janganbising lah kalau diorang naik kepala. Pening sana sini mengenangkansikap kurang ajar, gengsterisme dan rokok, tapi masa diorangpercayakan kau, kau khianati.

Kalau lepas ni kerajaan haramkan guru bawak handphone mengajar,baru ada akal.

Dulu kerajaan bercadang beri kebenaran untok murid bawakhandphone ke sekolah, tahu pula membangkang. Kata murid-murid niakan salah gunakan.

Tapi, sekarang ni, guru sendiri yang salahgunakan handphonetu.

Kasihan, kasihan. Kita doakan lah yang terbaik pada anak-anakyang tak berdosa ini.

(Disclaimer: Tulisan ni langsung tidak menghentam guru secaraumum. Tetapi saya menghentam guru yang suka merakam dan sebarkanvideo anak muridnya kepada orang lain.)