Guru mengamuk semasa mesyuarat guru

 

 

 

Rakaman video yang memaparkan seorang guru (gambar bulat) beradadalam keadaan marah dan mengeluarkan kata-kata kesat sambilmenghempuk meja dalam satu pertemuan guru-guru sekolah berkenaan dibilik mesyuarat.

SUNGAI PETANI - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah perlumengambil tindakan segera berhubung isu seorang guru di sebuahsekolah di Kulim, yang didakwa mengalami masalah mental namun masihdibenarkan mengajar, demi menjaga nama baik profesionperguruan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Badan BukanKerajaan (NGO), Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, beliau tidakmenafikan terdapat warga pendidik yang dikaitkan dengan masalahmental namun jumlahnya terlalu kecil.

 

"Perlakuan individu yang mengalami masalah mental ini sukardiduga namun tindakan segera perlu diambil bagi mengelak berlakunyainsiden tidak diingini, terutamanya jika melibatkan pelajar sekolahitu sendiri.

"Dalam kes yang menjadi tular di media sosial ini, jika benarguru terbabit disahkan oleh pakar perubatan mengalami masalahmental, JPN perlu mengambil tindakan segera, tidak boleh dibenarkanmengajar sehingga dia pulih sepenuhnya," katanya kepada pemberitaselepas menyampaikan sumbangan Bantuan Awal Persekolahan di SekolahMenengah Kebangsaan (SMK) Amanjaya dekat sini, hari ini.

 

Tajul Urus berkata demikian ketika diminta mengulas kes seorangguru wanita sebuah sekolah di Kulim, yang tular di media sosialkerana masih dibenarkan mengajar walaupun mengalami masalahmental.

廣告-請繼續往下閱讀

Video berdurasi kira-kira dua minit itu memaparkan mengenaiseorang guru yang berada dalam keadaan marah dan mengeluarkankata-kata kesat sambil menghempuk meja dalam satu pertemuanguru-guru sekolah berkenaan di bilik mesyuarat.

Dalam pada itu, Tajul Urus yang juga anggota Dewan UndanganNegeri (Adun) Tanjung Dawai turut meminta supaya rakaman videomengenai kejadian itu tidak ditular lagi oleh pengamal media sosialdemi menjaga nama baik guru terbabit dan keluarganya.

 

"Kita bersimpati dengan apa yang berlaku kepada guru terbabitdan juga keluarga dan dalam masa sama kita juga perlu menjaga namabaik profesion perguruan.

Saya mohon agar berhentilah tular video atau sebarang ceritanegatif mengenai guru terbabit, dan biar perkara ini diuruskan olehJPN, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah berkenaan,"katanya.

 

Berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh KPM.